Saturday, August 14, 2010

Dugaan Orang Beriman






Setiap kali kita berbicara berkenaan dengan dugaan orang yang beriman, kita seringkali diberitahu dugaan orang yang beriman cukup berat. Lalu kita diberikan contoh-contoh dugaan yang dihadapi oleh Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabat baginda. Kita ditanamkan terus dengan cerita-cerita bahawa alim ulama sebelum kita terpaksa bersusah payah menghadapi dugaan mereka.



Cerita-cerita dugaan orang yang beriman ini sedikit sebanyak menanamkan satu persepsi di dalam fikiran kita bahawa kita juga pasti akan diduga dengan dugaan yang berat jika kita ingin menjadi orang yang beriman. Tidak kurang juga ramai yang tidak mahu beriman kerana bimbang dengan dugaan yang berat yang bakal menimpa.


Kesilapan bertahun-tahun di atas persepsi ini membuatkan beriman itu seolah-olah menyusahkan iaitu pasti akan menempuh dugaan yang besar. Namun realiti dan hakikatnya tidak begitu.



Kita terlupa atau tidak sedar bahawa sebenarnya kehidupan Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat baginda cukup bahagia dan tenang. Baginda dan sahabat tidak pernah mengeluh dengan semua dugaan yang dihadapi kerana keyakinan kepada Allah SWT cukup kuat dan kukuh.


***


Persepsi yang selalu dikatakan hanyalah persepsi kepada yang melihat. Kita melihat dugaan orang yang beriman adalah cukup hebat dan berat. Tetapi bagi orang yang beriman itu, hakikatnya mereka menghadapi dugaan dengan cukup tenang dan dugaan itu tidak langsung memberikan apa-apa masalah dalam kehidupan mereka.



Seharusnya kita melihat hal ini dari persepsi orang yang beriman itu sendiri. Maka sebenarnya dugaan yang dihadapi oleh orang yang beriman itu sebenarnya hanyalah kecil atau langsung tidak dinamakan dugaan bagi orang yang beriman itu. Semuanya adalah ketentuan Allah SWT yang kita perlu lalui dengan berserah, pasrah dan redha.



Maka tidak perlulah kita bimbang dengan dugaan yang datang apabila setiap hari kita ingin berada dekat dengan Allah SWT. Semakin kita hampir dengan Allah SWT, semakin kukuh keyakinan kita kepada ketentuan Allah SWT. Kita akan berasa semakin ringan dugaan yang menimpa walaupun mereka yang melihat dugaan yang kita hadapi merupakan dugaan yang besar.



Semoga setiap saat, iman kita semakin bertambah. Amin


JADILAH ORANG YANG BERSYUKUR AKAN NIKMAT ALLAH S.W.T.





Sebagai seorang manusia yang memenuhi tuntutan agamaآ¦Insyallah, tentunya pernah bertanya kepada diri sendiri soalan berikut, "Kenapa kadang seseorang itu sentiasa mendapat kegembiraan seperti; dapat naik pangkat dengan cepat, murah rezekinya dan lain-lain sedang orang itu selalu melakukan kemungkaran?أ


Haruslah diingat bahawa penganugerahan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada hamba-hambanya bukanlah disebabkan Allah S.W.T. sayang kepadanya tetapi, kurniaan itu, merupakan satu bentuk ujian untuk menilai sejauh mana keikhlasan orang tersebut. Sebagaimana firman Allah S.W.T. yang mana saya ingat lebih kurang, “Adakah manusia itu menyangka mereka dihidupkan di dunia ini tanpa diuji Allah S.W.T. akan menguji setiap hambanya dengan anugerah yang dikurniakan untuk menilai sejauh mana keikhlasan dan kesedaran insan tersebut yang mana. jika dia seorang hamba Allah yang sedar akan tanggungjawabnya sebagai manusia, dia akan sentiasa sedar akan kelemahan dirinya dan akan bersyukur dengan kurniaan tersebut dan berubah untuk menjadi insan yang terbaik, tetapi jika berlaku yang sebaliknya maka dia telah menimbulkan kemurkaan Allah S.W.T. yang Maha Penyayang.


Teringat saya pada penjelasan seorang Ustaz semasa saya berada di peringkat Sekolah Rendah dulu, yang mana rakan saya ada bertanya kepada Ustaz tersebut, Mengapakah setelah acap kali kita berdoa dan memohon kepada Allah S.W.T. untuk dikurniakan sesuatu, tetapi masih belum mendapat apa yang dipohon?

Ustaz saya menjawab, “Itu adalah tanda Allah S.W.T. menyayangi kita, kerana apa...!, kerana Allah S.W.T. mengetahui kalau kita masih belum memiliki apa yang kita pinta kepadaNya, kita akan terus meminta dengan berdoa dan mengingati Allah S.W.T.أ

Sesungguhnya Allah S.W.T. amat rindu kepada suara-suara hamba-hamba yang telah diciptakanNya merayu dan memujiNya. Bayangkan, jikalau sekali kita bermohon sesuatu kurniaan dan terus Allah S.W.T kurniakan, berkemungkinan besar kita sebagai manusia yang mempunyai hawa nafsu akan menjadi taksub dan lupa diri dari mensyukuri nimat yang telah Allah S.W.T. kurniakan. Sedang saya melayari internet maka saya, mendapat sebuah artikel yang saya rasakan amat relevant and interesting, diharap kita dapat menjadikan ia sebagai satu ilmu yang dapat membimbing kita menempuh dugaan dan ujian kita di dunia ini bagi mencapai kebahagiaan di akhirat.


Semoga Allah beratkan timbangan ibadah kita daripada timbangan dosa di Padang Mahsyar nanti. InsyaAllah. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ISTIDRAJ? Istidraj bermaksud pemberian nikmat Allah kepada hamba-hambanya yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya.


Rasullulah S.A.W. bersabda "Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." - Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi Sayang sekali, manusia yang mendurhaka dan sering membuat maksiat telah terkeliru dengan pemikiran mereka sendiri dnegan merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah S.W.T disertai dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.


Masih ada juga orang yamg masih ragu-ragu untuk mengikuti sunnah Rasulullah S.A.W, melaksanakan serta berpegang teguh kepada Islam dan arahan Allah S.W.T bagi mendapatkan kebahagian di dunia dan akhirat. Ini adalah kerana, persepsi yang dilihat oleh mereka yang terkeliru ini bahawa dengan mengerjakan solat 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain kehidupan orang-orang yang taat ini biasa sahaja, ada juga orang yang susah, dan timbul persoalan Kenapa? Mereka akan membanding-bandingkan pula dengan yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.


Apabila mereka ditanya berkenaan kematian yang akan tiba pada bila-bila masa, orang-orang yang terkeliru ini dengan sombong dan takburnya akan mengatakan “Orang lain pun mati juga kalau masuk neraka ramai-ramai. Tak Kisahlah.أ¢â‚¬? Cubalah bayangkan Rasullulah S.A.W. yang telah dimikrajkan ke langit bertemu Allah pun tak sombong.


Nabi Sulaiman A.S. yang mempunyai sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong.


Secantik-cantik Nabi Yusof A.S. dan semerdu suara Nabi Daud A.S., mereka tak sombong, bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah S.W.T. Manusia istidraj Manusia istidraj merupakan manusia yang lupa diri dan daratan, bak kata pepatah melayu, Bagai Kacang Lupakan Kulit, yang mana jika mereka melakukan kemaksiatan atau sesuatu yang dimurkai oleh Allah S.W.T, mereka masih beranggapan bahawa Allah S.W.T menyayangi mereka.


Mereka memandang hina kepada orang yang Beramal, kadang-kadang kita pernah mendengar orang dengan sombong mengatakan "Sipolan tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli. Lainlah macam aku tak payah nak susah-susah beribadat rezeki mencurah-curah, aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Kalau sipolan tu kurangkan ibadat tu sikit tentu boleh kaya macam aku.أHarus diingat, sebenarnya Allah S.W.T memberikan nikmat yang banyak kepada seseorang dengan tujuan untuk menghancurkannya.


Rasullulah S.A.W. pernah bersabda, "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" - Kitab Nasaibul Ibad. Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan contonya sebagaimana anai-anai, jika tidak bersayap maka ia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan ia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu apabila mendapat nikmat sayap, ia akan cuba melawan api. Begitulah juga manusia bila mendapat nikmat, dia akan cuba hendak melawan Allah S.W.T, buktinya telah wujud dan dirakamkan di dalam al-Quran


Buktinya kita dapat lihat sendiri sebagaimana Firaun, nikmatnya tak terkira banyaknya, tidak pernah sakit, bersin, orang lain selalu sakit, orang lain mati tapi dia masih belum mau sakit dan mati oleh kerana kerana Allah S.W.T telah mengurniakannya berikannya nikmat kesihatan. Ini menimbulkan dan menjadikan Firaun angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan, tetapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.


Bukti lain, Raja Namrud yang cuba membakar Nabi Ibrahim A.S. yang telah dikurniakan pangkat oleh Allah S.W.T, namun disebabkan kesombongannya ingin berperang dengan Allah S.W.T. akhirnya menemui ajal hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam rongga tubuhnya.


Tak cukup dengan dua bukti ini, dalam Al-Quran ada menyebitkan kisah Qarun tidak ada manusia hari ini sekayanya, yang mana anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta yang mana akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur oleh Allah S.W.T. Maka ingatlah dan renungkanlah walaupun kita sihat, berpangkat dan kaya, jangan kita sangka Allah S.W.T menyayangi kita lihatlah apa yang terjadi kepada Firaun, Raja Namrud dan Qarun seperti yang diceritakan di dalam Al-Quran. Jika kita mahu berfikir, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran Kita, Mengapa orang kafir kaya, Orang yang berbuat maksiat hidup senang dan mewah?. Ini adalah kerana anugerah, nikmat dan pemberian yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada mereka bukanlah yang kurniaan yang diredhaiNya. Anugerah tersebut merupakan satu tujuan untuk menghancurkan mereka. Untuk apa kita dihidupkan dimukabumi ini tanpa keredhaanNya?


Walaubagaimana pun harus diingat ada orang kaya beribadat masuk masjid dengan kereta mewah, orang naik pangkat, atau orang-orang kita mengatakan istidraj. Jangan!!! ingatlah bahawa orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Janganlah kita menjadi manusia yang membuang segala hal-hal keduniaan seperti kekayaan, pangkat dan kuasa, Cuma kita harus mensedarkan diri kita, jika hendak selamat hidup kita mesti ada pegangan, bukannya kekayaaan yang kita cari dan juga bukan miskin yang kita cari.


Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, nescaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.


Wallahu'alam.



Wednesday, August 4, 2010

Kewajiban Bertaubat dan Urgensinya





Taubat dari dosa yang dilakukan oleh seorang mu'min --dan saat itu ia
sedang berusaha menuju kepada Allah SWT -- adalah kewajiban agama.
Diperintahkah oleh Al Quran, didorong oleh sunnah, serta disepakati
kewajibannnya oleh seluruh ulama, baik ulama zhahir maupun ulama bathin.
Atau ulama fiqh dan ulama suluk. Hingga Sahl bin Abdullah berkata:
Barangsiapa yang berkata bahwa taubat adalah tidak wajib maka ia telah
kafir, dan barangsiapa yang menyetujui perkataan seperti itu maka ia
juga kafir. Dan ia berkata: "Tidak ada yang lebih wajib bagi makhluk
dari melakukan taubat, dan tidak ada hukuman yang lebih berat atas
manusia selain ketidak tahuannya akan ilmu taubat, dan tidak menguasai
ilmu taubat itu (Di sebutkan oleh Abu Thalib Al Makki dalam kitabnya
Qutul Qulub, juz 1 hal. 179).


Taubat dalam Al Quran


Al Quran memberi perhatian yang besar terhadap taubat dalam banyak
ayat-ayat yang tersebar dalam surah-surah Makkiah atau Madaniah. Kita
akan membaca ayat-ayat itu nantinya, insya Allah.


"Bertaubatlah kepada Allah SWT dengan Taubat yang semurni-murninya".

Di antara perintah yang paling tegas untuk melaksanakan taubat dalam
Al Quran adalah firman Allah SWT:


"Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan
taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan
menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam surga
yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah
tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama dengan
dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan
mereka, sambil mereka mengatakan: "Ya Tuhan kami, sempurnakanlah
bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau Maha
Kuasa atas segala sesuatu" (QS. At Tahrim: 8).


Ini adalah perintah yang lain dari Allah SWT dalam Al Quran kepada
manusia untuk melakukan taubat dengan taubat nasuha: yaitu taubat yang
bersih dan benar. Perintah Allah SWT dalam Al Quran itu menunjukkan
wajibnya pekerjaan ini, selama tidak ada petunjuk lain yang
mengindikasikan pengertian selain itu. Sementara dalam ayat itu tidak
ada petunjuk yang lain itu. Oleh karena itu, hendaknya seluruh kaum
mu'min berusaha untuk menggapai dua hal atau dua tujuan yang pokok ini.
Yaitu:


  1. Menghapuskan dosa-dosa


  2. Masuk ke dalam surga.


Seluruh individu muslim amat membutuhkan dua hal ini:


Pertama: agar kesalahannya dihapuskan, dan dosa-dosanya
diampunkan. Karena manusia, disebabkan sifat kemanusiaannya, tidak
mungkin terbebas dari kesalahan dan dosa-dosa. Itu bermula dari kenyatan
elemen pembentukan manusia tersusun dari unsur tanah yang berasal dari
bumi, dan unsur ruh yang berasal dari langit. Salah satunya menarik ke
bawah sementara bagian lainnya mengajak ke atas. Yang pertama dapat
menenggelamkan manusia pada perangai binatang atau lebih buruk lagi,
sementara yang lain dapat mengantarkan manusia ke barisan para malaikat
atau lebih tinggi lagi.



Oleh karena itu, manusia dapat melakukan kesalahan dan membuat dosa.
Dengan kenyataan itu ia membutuhkan taubat yang utuh, sehingga ia dapat
menghapus kesalahan yang diperbuatnya.



Kedua: agar ia dapat masuk surga. Siapa yang tidak mau masuk
surga? Pemikiran yang paling berat menghantui manusia adalah: akan masuk
kemana ia nantinya di akhirat. Ini adalah masalah ujung perjalanan
manusia yang paling penting: apakah ia akan selamat di akhirat atau
binasa? Apakah ia akan menang dan bahagia ataukah ia akan mengalami
kebinasaaan dan penderitaan? Keberhasilan, kemenangan dan kebahagiaan
adalah terdapat dalam surga. Sedangkan kebinasaan, kekecewaan serta
penderitaan terdapat dalam neraka:




"Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga
maka sungguh dia telah beruntung. Kehidupan dunia ini tidak lain
hanyalah kesenangan yang memperdayakan" (QS. Ali Imran: 185.).


Bertaubatlah Kalian Semua Kepada Allah SWT, Wahai Orang-orang yang Beriman

Di antara ayat Al Quran yang berbicara tentang taubat adalah firman
Allah:

"Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang
beriman supaya kamu beruntung" (QS. An-Nur: 31).


Dalam ayat ini, Allah SWT memerintahkan kepada seluruh kaum mu'minin
untuk bertaubat kepada Allah SWT, dan tidak mengecualikan seorangpun
dari mereka. Meskipun orang itu telah demikian taat menjalankan syari'ah,
dan telah menanjak dalam barisan kaum muttaqin, namun tetap ia
memerlukan taubat. Di antara kaum mu'minin ada yang bertaubat dari
dosa-dosa besar, jika ia telah melakukan dosa besar itu. Karena ia
memang bukan orang yang ma'shum (terjaga dari dosa). Di antara mereka
ada yang bertaubat dari dosa-dosa kecil, dan sedikit sekali orang yang
selamat dari dosa-dosa macam ini. Dari mereka ada yang bertaubat dari
melakukan yang syubhat. Dan orang yang menjauhi syubhat maka ia telah
menyelamatkan agama dan nama baiknya. Dan diantara mereka ada yang
bertaubat dari tindakan-tindakan yang dimakruhkan. Dan di antara mereka
malah ada orang yang melakukan taubat dari kelalaian yang terjadi dalam
hati mereka. Dan dari mereka ada yang bertaubat karena mereka berdiam
diri pada maqam yang rendah dan tidak berusaha untuk mencapai maqam yang
lebih tinggi lagi.

Taubat orang awam tidak sama dengan taubat kalangan khawas, juga
tidak sama dengan taubat kalangan khawas yang lebih tinggi lagi. Oleh
karena itu ada yang mengatakan: "Kebaikan kalangan abrar adalah
kesalahan orang-orang kalangan muqarrabin!" Namun, dalam ayat itu, semua
mereka diperintahkan untuk melakukan taubat, agar mereka selamat.



Pengarang kitab Al Qamus memberikan komentar atas ayat ini dalam
kitabnya (Al Bashair): Ayat ini terdapat dalam kelompok surah
Madaniyyahh . Allah tujukan kepada kaum yang beriman dan kepada
makhluk-makhluk-Nya yang baik, agar mereka bertaubat kepada-Nya, setelah
mereka beriman, sabar, hijrah dan berjihad. Kemudian mengaitkan
keberuntungan dengan taubat "agar kalian beruntung". Yaitu mengaitkan
antara sebab dengan yang disebabkan. Dan menggunakan dengan 'adat'
"la'alla" untuk memberikan pengertian pengharapan. Yaitu jika kalian
bertaubat maka kalian diharapkan akan mendapatkan keberuntungan, dan
hanya orang yang bertaubat yang berhak mengharapkan keberuntungan itu.



Sebagian ulama suluk berkata: Taubat adalah wajib bagi seluruh
manusia, hingga bagi para nabi dan wali-wali sekalipun. Dan janganlah
engkau duga bahwa taubat hanya khusus untuk Adam a.s. saja. Allah SWT
befirman:




"Dan durhakalah Adam kepada Tuhan dan sesatlah ia, kemudian Tuhannya
memilihnya maka Dia menerima taubatnya dam memberinya petunjuk" (QS.
Thahaa: 121-122).


Namun ia adalah hukum yang azali dan tertulis bagi umat manusia
sehingga tidak mungkin dapat diterima sebaliknya. Selama sunnah-sunnah (ketentuan)
Ilahi belum tergantikan. Maka kembali --yaitu dengan bertaubat-- kepada
Allah SWT bagi setiap manusia adalah amat urgen, baik ia seorang Nabi
atau orang yang berperangai seperti babi, juga bagi wali atau si pencuri.
Abu Tamam berkata:




"Jangan engkau sangka hanya Hindun yang berhianat, itu adalah
dorongan peribadi dan setiap orang dapat berlaku seperti Hindun!


Perkataan itu didukung oleh hadits:



"Seluruh kalian adalah pembuat salah dan dosa, dan orang yang berdosa
yang paling baik adalah mereka yang sering bertaubat". Hadits ini
diriwayatkan oleh Ahmad dan lainnya dari Anas. Juga taubat itu adalah
wajib bagi seluruh manusia. Ia wajib dalam seluruh kondisi dan secara
terus menerus. Pengertian itu dipetik dari dalil yang umum, Allah SWT
berfirman: " dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah". Karena
manusia tidak mungkin terbebaskan dari dosa yang diperbuat oleh anggota
tubuhnya. Hingga para nabi dan orang-orang yang saleh sekalipun. Dalam
Al Quran dan hadits disebutkan tentang dosa-dosa mereka, serta taubat
dan tangisan sesal mereka.



Jika suatu saat orang terbebas dari maksiat yang dilakukan oleh
tubuhnya, maka ia tidak dapat terlepas dari keinginan berbuat maksiat
dalam hatinya. Dan jikapun tidak ada keinginan itu, dapat pula ia
merasakan was-was yang ditiupkan oleh syaitan sehingga ia lupa dari
dzikir kepada Allah SWT. Dan jika tidak, dapat pula ia mengalami
kelalaian dan kurang dalam mencapai ilmu tentang Allah SWT,
sifat-sifat-Nya serta perbuatan-perbuatan-Nya. Semua itu adalah
kekurangan dan masing-masing mempunyai sebabnya. Dan membiarkan
sebab-sebab itu dengan menyibukkan diri dengan pekerjaan yang berlawanan
berarti mengembalikan diri ke tingkatannya yang rendah. Dan manusia
berbeda-beda dalam kadar kekurangannya, bukan dalam kondisi asal mereka
(Lihat: Syarh Ainul Ilmi wa Zainul Hilm, juz 1 hal. 175. Kitab ini
adalah mukhtasar (ringkasan) kitab Ihya Ulumuddin).



Orang yang tidak Bertaubat adalah Orang yang Zhalim



Allah SWT berfirman:




"Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan
kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan)
lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan) dan jangan pula
wanita -wanita (mengolok-olokkan) wanita-wanita yang lain (karena)
boleh Jadi wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita
(yang mengolok-olokkan) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri
dan kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk.
Seburuk-buruk pangggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman
dan barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah
orang-orang yang zalim." (QS .Al Hujurat: 11)


Setelah Allah SWT melarang kaum mu'minin untuk mencela seorang muslim
--baik ia laki-laki atau perempuan-- serta mengejeknya dengan ucapan
yang menyakitkan atau membuatnya susah; dan al-Quran menganggap orang
yang mengejek sesama muslim sebagai orang yang mengejek dirinya sendiri,
karena kaum muslimin adalah seperti satu tubuh; Al-Quran juga melarang
untuk saling panggil memanggil dengan panggilan yang buruk yang tidak
disenangi orang. Perbuatan itu semua akan memindahkan manusia dari
derajat keimanan ke derajat kefasikan. Dari seorang mu'min menjadi
seorang fasik, dan nama yang paling buruk setelah keimanan adalah
kefasikan itu.



Kemudian Allah SWT berfirman:



"Dan barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah
orang-orang yang zalim". Ini adalah dalil akan kewajiban bertaubat.
Karena jika ia tidak bertaubat maka ia akan menjadi orang-orang
zhalim. Dan orang-orang yang zhalim tidak akan beruntung.

"Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan beruntung." (QS.
Yusuf: 23)



Juga tidak dicintai Allah SWT:



"Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim."( QS. Ali 'Imran:
57).

Serta mereka tidak mendapatkan petunjuk dari Allah SWT:


"Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang
zalim." (QS. Al Maidah: 51).

Dan mereka juga tidak selamat dari api neraka:



"Dan tidak ada seorangpun daripadamu, melainkan mendatangi neraka
itu. Hal itu bagi Tuhanmu adalah suatu kemestian yang sudah
ditetapkan. Kemudian Kami menyelamatkan orang-orang yang bertakwa
dan membiarkan orang-orang yang zalim di dalam neraka dalam keadaan
berlutut." (QS. Maryam: 71-72.).

Ayat-ayat yang lain:


Di antara ayata-yat Al Quran yang mengajak kepada taubat dan
menganjurkannya, serta menjelaskan keutamaannya dan buahnya adalah
firman Allah SWT:



"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai
orang-orang yang mensucikan diri." (QS. Al Baqarah: 222).


Mengajak Kaum Musyrikin dan Kaum Kafir untuk Bertaubat


Di antara ayat-ayat Al Quran ada yang mengajak kaum musyrikin untuk
bertaubat, serta membukan pintu bagi mereka untuk bergabung dalam
masyarakat muslim, serta menjadi saudara seiman mereka. Seperti firman
Allah SWT dalam surah at-Taubah setelah memerintahkan untuk memerangi
kaum musyrikin yang melanggar perjanjian damai:



"Jika mereka bertaubat dan mendirikan shalat dan menunaikan zakat,
maka berilah kebebasan kepada mereka untuk berjalan sesungguhnya
Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. at-Taubah: 5).

"Jika mereka bertaubat, mendirikan shalat dan menunaikan zakat,
maka (mereka itu) adalah saudara-saudaramu seagama." (QS. At-Taubah:
11)



Al Quran juga mengajak orang-orang Kristen untuk bertaubat dari
perkataan mereka tentang ketuhanan al Masih atau ia sebagai satu dari
tiga oknum tuhan! Sedangkan ia sebetulnya hanyalah seorang hamba Allah.
Dan baginya telah terjadi apa yang terjadi bagi manusia biasa. Serta Al
Quran mengajak untuk menyembah Allah SWT saja.



Allah SWT berfirman:



"Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya
Allah ialah al Masih putera Maryam", padahal al-Masih (sendiri)
berkata: "Hai bani Israil, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu"
Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka
pasti Allah mengharamkan kepadanya surga, dan tempatnya ialah neraka,
tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun.
Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengatakan: " bahwasanya
Allah salah satu dari yang tiga", padahal sekali-kali tidak ada
Tuhan (yang berhak disembah) selain Tuhan yang Esa. Jika mereka
tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang-orang
yang kafir di antara mereka akan ditimpa siksaan yang pedih. Maka
mengapa mereka tidak bertaubat kepada Allah dan memohon ampun
kepadaNya? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. Al
Maidah: 72-74 ).


Bahkan Allah SWT Yang Maha Pemurah juga membuka pintu taubat bagi
orang-orang kafir yang telah demikian keji menyiksa kaum mu'mimin dan
mu' minat, serta telah melemparkan kaum mu'minin itu ke dalam api yang
panas:



"Yang berapi (dinyalakan dengan) kayu bakar. Ketika mereka duduk di
sekitarnya. Sedang mereka menyaksikan apa yang mereka perbuat
terhadap orang-orang beriman." (QS. al Buruj: 5-7.)


Allah SWT berfirman setelah menyebutkan kisah mereka itu, bahwa
mereka membenci kaum mu'minin itu semata karena kaum mu'minin beriman
kepada Allah SWT semata.



Allah SWT befirman:



"Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan cobaan kepada
orang-orang yang mu'min laki-laki dan perempuan kemudian mereka
tidak bertaubat, maka bagi mereka azab jahannam dan bagi mereka azab
(neraka) yang membakar." (QS. al Buruuj: 10).


Hasan al Bashri mengomentari ayat ini: "lihatlah kedermawanan dan
kemurahan Allah SWT ini: mereka membunuh para wali-Nya, dan Dia kemudian
mengajak mereka itu untuk bertaubat dan meminta ampun kepada-Nya!."



Hingga kemurtadan --yaitu orang yang kafir setelah iman- taubat
mereka masih dapat diterima. Allah SWT berfirman:




"Bagaimana Allah akan menunjuki suatu kaum yang kafir sesudah mereka
beriman, serta mereka telah mengakui bahwa Rasul itu (Muhammad)
benar-benar rasul, dan keterangan-keteranganpun telah datang kepada
mereka? Allah tidak menunjukki orang-orang yang zalim. Mereka itu
balasannya ialah: Bahwasanya la'nat Allah ditimpakan kepada mereka,
(demikian pula) la'nat para malaikat dan manusia seluruhnya. Mereka
kekal di dalamnya, tidak diringankan siksa dari mereka, dan tidak
(pula) mereka diberi tangguh, kecuali orang-orang yang taubat,
sesudah (kafir) itu dan mengadakan perbaikan. Karena sesungguhnya
Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. Ali Imran: 86-89.)




Tuesday, June 29, 2010

Formula Mengubati Penyakit Mulut Celupar Daripada Rasulullah



Adakah anda sedar anda bermulut celupar? Pernahkah anda berusaha untuk berubah tetapi tidak berjaya? Artikel ini membincangkan teknik mengubati penyakit mulut celupar daripada Al-Quran, khusus untuk mereka yang berniat untuk berubah, Insya Allah.

Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan. Petua ini berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.

Pertama, nabi menyuruh diam. Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa nabi pernah berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”[1]

Kemudian, nabi menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita. Menurut sahabat Ibnu Umar, nabi pernah berkata, “Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati. [2]

Berhubung dengan zikir, menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah ’subhanallah wa bihamdihi’ dan ’subhanallah hil azim’.” [3] Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca “subhanallah wabihamdihi” 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan. [4]

Ketiga, sahabat Huzaifah r.a. pernah mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang keburukkan yang ada pada lisannya. Maka Rasulullah bersabda, “Bagaimanakah engkau dengan istighfarmu wahai Huzaifah? Sesungguhnya aku beristigfar kepada Allah s.w.t.seratus kali setiap hari.” [5] Istighfar bermaksud memohon ampun. Ucapan istighfar yang dimaksudkan adalah sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, “Astaghfirullahazim”disertakan “perasaan menyesal” di dalam hati. Jika nabi yang maksum dan yang baik tutur kata beristighfar kepada Allah sebanyak itu, bagaimana pula agaknya jumlah kuantiti istighfar orang yang mempunyai penyakit lisan?



Wallahu’alam. Selamat mencuba,

Bahaya Mulut Celupar


Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 83, “Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah solat serta berilah zakat”


Menurut Hamka di dalam Tafsir Al-Azhar, ayat ini merupakan perjanjian antara tuhan dan Bani Israel di dalam kitab Taurat. Perjanjian ini kemudiannya diulang semula di dalam Al-Quran kepada umat Islam hari ini. Ayat ini mengandungi perintah agar manusia menjaga lidah dengan berkata perkara yang baik-baik sahaja.


Abu Hurairah melaporkan bahawa Rasulullah pernah bersabda, “Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara.” [1]


Tidak ada istilah “dia ini mulut sahaja yang jahat, tetapi orangnya baik” di dalam Islam. Menurut sebuah riwayat, seorang sahabat telah datang kepada Rasulullah dan berkata, “Ada seorang wanita terkenal dengan banyak melakukan solat, berpuasa dan bersedekah, tetapi dia sering mengganggu jirannya dengan lidah.” Rasulullah menjawab dengan ringkas, “Dia ahli neraka.” [2] Wanita tersebut seorang ahli ibadat yang rajin. Kerana beliau sering menyakiti tetangganya dengan lidah, destinasi beliau adalah neraka.


Di dunia, mulut yang celupar akan membuatkan kita hilang kawan. Orang akan menjauhi kita tanpa kita menyedari sebabnya. Jodoh pun lambat, InsyaAllah.


Wallahu’alam

Thursday, June 17, 2010

Jadilah Manusia Yang Baik


اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ

Ya Allah! Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada perjanjianku dengan-Mu semampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh karena itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau



Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah
wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .

Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini....awal lagi nie?.zzzzzzzz



Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla..... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa?
.



Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam,
pakailah pakaian yang menutup aurat..

Syaitan - Ehh,panaslah,
takde style langsung, nampak kampung!!!



Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia ,
nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X,
punchkanlah?



Manusia - Azan sudah kedengaran... .
Malaikat - Wahai anak Adam,
bersegeralah menunaikan kewajipan

Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.


Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu,
sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh.... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..


Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk?
Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .



Manusia -Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa
susah2.... pandai2lah?


Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam,
bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .

Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ... (kalau sempatla)


Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke
jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?


Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam,
taatilah Allah dan RasulNYA,kebahagiaan di dunia dan
akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...

Syaitan - Hey anak Adam,
ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan
kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....


P/S : Kita bukan Malaikat yang suci dari sebarang dosa dan Jannah la tempatnya. Kita bukan syaitan yang telah dijanjikan tempat yang tersiksa di hari pembalasanNYA. Tetapi kita manusia yang telah diberi akal dan fikiran yang sempurna. Boleh saja kita mengimpikan tempat tinggal di syurga seperti yang telah dijanjikan kepada malaikat. Dan boleh jadi juga kita akan ditempatkan di neraka bersama syaitan laknatullah.


Semuanya bergantung kepada kita sendiri. Panduan telah diberi. selagi mana kita berpegang pada panduan yang telah diturunkan kepada kita melalui kekasihNYA Muhammad S.A.W, selagi itu kita berada di landasan yang betul sebagai hambaNYA.











Monday, January 11, 2010

13 wasiat Rasulullah kepada Ali

RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak, kaum kerabat dan umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan bahan renungan bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib.

Sungguhpun wasiat itu khusus kepada Ali, namun kita sebagai Muslim dan muslimah, perlu menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan.

Larangan dan suruhan Rasulullah saw melalui wasiat itu, adalah juga untuk kaum Muslimin dan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama orang beriman.

Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:

Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:"



1. Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal'un).

2. Wahai Ali, janganlah engkau ‘memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah'. Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.

3. Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar: "Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" ( Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman: "Hai malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia".


4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar) itu berkat dan kizb (dusta) itu celaka.

5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.

6. Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allahtidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.

7. Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.

8. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.

9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi. Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak dicolek selepas makan.

10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-Nya. Pertahankah diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.

11. Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.

12. Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu, engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.

13. Wahai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.


Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan InsyaAllah


Islam pada awalnya asing dan akan kembali terasing, maka berbahagialah kiranya bagi yang terasing.