Saturday, August 14, 2010

Dugaan Orang Beriman






Setiap kali kita berbicara berkenaan dengan dugaan orang yang beriman, kita seringkali diberitahu dugaan orang yang beriman cukup berat. Lalu kita diberikan contoh-contoh dugaan yang dihadapi oleh Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabat baginda. Kita ditanamkan terus dengan cerita-cerita bahawa alim ulama sebelum kita terpaksa bersusah payah menghadapi dugaan mereka.



Cerita-cerita dugaan orang yang beriman ini sedikit sebanyak menanamkan satu persepsi di dalam fikiran kita bahawa kita juga pasti akan diduga dengan dugaan yang berat jika kita ingin menjadi orang yang beriman. Tidak kurang juga ramai yang tidak mahu beriman kerana bimbang dengan dugaan yang berat yang bakal menimpa.


Kesilapan bertahun-tahun di atas persepsi ini membuatkan beriman itu seolah-olah menyusahkan iaitu pasti akan menempuh dugaan yang besar. Namun realiti dan hakikatnya tidak begitu.



Kita terlupa atau tidak sedar bahawa sebenarnya kehidupan Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat baginda cukup bahagia dan tenang. Baginda dan sahabat tidak pernah mengeluh dengan semua dugaan yang dihadapi kerana keyakinan kepada Allah SWT cukup kuat dan kukuh.


***


Persepsi yang selalu dikatakan hanyalah persepsi kepada yang melihat. Kita melihat dugaan orang yang beriman adalah cukup hebat dan berat. Tetapi bagi orang yang beriman itu, hakikatnya mereka menghadapi dugaan dengan cukup tenang dan dugaan itu tidak langsung memberikan apa-apa masalah dalam kehidupan mereka.



Seharusnya kita melihat hal ini dari persepsi orang yang beriman itu sendiri. Maka sebenarnya dugaan yang dihadapi oleh orang yang beriman itu sebenarnya hanyalah kecil atau langsung tidak dinamakan dugaan bagi orang yang beriman itu. Semuanya adalah ketentuan Allah SWT yang kita perlu lalui dengan berserah, pasrah dan redha.



Maka tidak perlulah kita bimbang dengan dugaan yang datang apabila setiap hari kita ingin berada dekat dengan Allah SWT. Semakin kita hampir dengan Allah SWT, semakin kukuh keyakinan kita kepada ketentuan Allah SWT. Kita akan berasa semakin ringan dugaan yang menimpa walaupun mereka yang melihat dugaan yang kita hadapi merupakan dugaan yang besar.



Semoga setiap saat, iman kita semakin bertambah. Amin


JADILAH ORANG YANG BERSYUKUR AKAN NIKMAT ALLAH S.W.T.





Sebagai seorang manusia yang memenuhi tuntutan agamaآ¦Insyallah, tentunya pernah bertanya kepada diri sendiri soalan berikut, "Kenapa kadang seseorang itu sentiasa mendapat kegembiraan seperti; dapat naik pangkat dengan cepat, murah rezekinya dan lain-lain sedang orang itu selalu melakukan kemungkaran?أ


Haruslah diingat bahawa penganugerahan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada hamba-hambanya bukanlah disebabkan Allah S.W.T. sayang kepadanya tetapi, kurniaan itu, merupakan satu bentuk ujian untuk menilai sejauh mana keikhlasan orang tersebut. Sebagaimana firman Allah S.W.T. yang mana saya ingat lebih kurang, “Adakah manusia itu menyangka mereka dihidupkan di dunia ini tanpa diuji Allah S.W.T. akan menguji setiap hambanya dengan anugerah yang dikurniakan untuk menilai sejauh mana keikhlasan dan kesedaran insan tersebut yang mana. jika dia seorang hamba Allah yang sedar akan tanggungjawabnya sebagai manusia, dia akan sentiasa sedar akan kelemahan dirinya dan akan bersyukur dengan kurniaan tersebut dan berubah untuk menjadi insan yang terbaik, tetapi jika berlaku yang sebaliknya maka dia telah menimbulkan kemurkaan Allah S.W.T. yang Maha Penyayang.


Teringat saya pada penjelasan seorang Ustaz semasa saya berada di peringkat Sekolah Rendah dulu, yang mana rakan saya ada bertanya kepada Ustaz tersebut, Mengapakah setelah acap kali kita berdoa dan memohon kepada Allah S.W.T. untuk dikurniakan sesuatu, tetapi masih belum mendapat apa yang dipohon?

Ustaz saya menjawab, “Itu adalah tanda Allah S.W.T. menyayangi kita, kerana apa...!, kerana Allah S.W.T. mengetahui kalau kita masih belum memiliki apa yang kita pinta kepadaNya, kita akan terus meminta dengan berdoa dan mengingati Allah S.W.T.أ

Sesungguhnya Allah S.W.T. amat rindu kepada suara-suara hamba-hamba yang telah diciptakanNya merayu dan memujiNya. Bayangkan, jikalau sekali kita bermohon sesuatu kurniaan dan terus Allah S.W.T kurniakan, berkemungkinan besar kita sebagai manusia yang mempunyai hawa nafsu akan menjadi taksub dan lupa diri dari mensyukuri nimat yang telah Allah S.W.T. kurniakan. Sedang saya melayari internet maka saya, mendapat sebuah artikel yang saya rasakan amat relevant and interesting, diharap kita dapat menjadikan ia sebagai satu ilmu yang dapat membimbing kita menempuh dugaan dan ujian kita di dunia ini bagi mencapai kebahagiaan di akhirat.


Semoga Allah beratkan timbangan ibadah kita daripada timbangan dosa di Padang Mahsyar nanti. InsyaAllah. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ISTIDRAJ? Istidraj bermaksud pemberian nikmat Allah kepada hamba-hambanya yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya.


Rasullulah S.A.W. bersabda "Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." - Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi Sayang sekali, manusia yang mendurhaka dan sering membuat maksiat telah terkeliru dengan pemikiran mereka sendiri dnegan merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah S.W.T disertai dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.


Masih ada juga orang yamg masih ragu-ragu untuk mengikuti sunnah Rasulullah S.A.W, melaksanakan serta berpegang teguh kepada Islam dan arahan Allah S.W.T bagi mendapatkan kebahagian di dunia dan akhirat. Ini adalah kerana, persepsi yang dilihat oleh mereka yang terkeliru ini bahawa dengan mengerjakan solat 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain kehidupan orang-orang yang taat ini biasa sahaja, ada juga orang yang susah, dan timbul persoalan Kenapa? Mereka akan membanding-bandingkan pula dengan yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.


Apabila mereka ditanya berkenaan kematian yang akan tiba pada bila-bila masa, orang-orang yang terkeliru ini dengan sombong dan takburnya akan mengatakan “Orang lain pun mati juga kalau masuk neraka ramai-ramai. Tak Kisahlah.أ¢â‚¬? Cubalah bayangkan Rasullulah S.A.W. yang telah dimikrajkan ke langit bertemu Allah pun tak sombong.


Nabi Sulaiman A.S. yang mempunyai sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong.


Secantik-cantik Nabi Yusof A.S. dan semerdu suara Nabi Daud A.S., mereka tak sombong, bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah S.W.T. Manusia istidraj Manusia istidraj merupakan manusia yang lupa diri dan daratan, bak kata pepatah melayu, Bagai Kacang Lupakan Kulit, yang mana jika mereka melakukan kemaksiatan atau sesuatu yang dimurkai oleh Allah S.W.T, mereka masih beranggapan bahawa Allah S.W.T menyayangi mereka.


Mereka memandang hina kepada orang yang Beramal, kadang-kadang kita pernah mendengar orang dengan sombong mengatakan "Sipolan tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli. Lainlah macam aku tak payah nak susah-susah beribadat rezeki mencurah-curah, aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Kalau sipolan tu kurangkan ibadat tu sikit tentu boleh kaya macam aku.أHarus diingat, sebenarnya Allah S.W.T memberikan nikmat yang banyak kepada seseorang dengan tujuan untuk menghancurkannya.


Rasullulah S.A.W. pernah bersabda, "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" - Kitab Nasaibul Ibad. Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan contonya sebagaimana anai-anai, jika tidak bersayap maka ia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan ia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu apabila mendapat nikmat sayap, ia akan cuba melawan api. Begitulah juga manusia bila mendapat nikmat, dia akan cuba hendak melawan Allah S.W.T, buktinya telah wujud dan dirakamkan di dalam al-Quran


Buktinya kita dapat lihat sendiri sebagaimana Firaun, nikmatnya tak terkira banyaknya, tidak pernah sakit, bersin, orang lain selalu sakit, orang lain mati tapi dia masih belum mau sakit dan mati oleh kerana kerana Allah S.W.T telah mengurniakannya berikannya nikmat kesihatan. Ini menimbulkan dan menjadikan Firaun angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan, tetapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.


Bukti lain, Raja Namrud yang cuba membakar Nabi Ibrahim A.S. yang telah dikurniakan pangkat oleh Allah S.W.T, namun disebabkan kesombongannya ingin berperang dengan Allah S.W.T. akhirnya menemui ajal hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam rongga tubuhnya.


Tak cukup dengan dua bukti ini, dalam Al-Quran ada menyebitkan kisah Qarun tidak ada manusia hari ini sekayanya, yang mana anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta yang mana akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur oleh Allah S.W.T. Maka ingatlah dan renungkanlah walaupun kita sihat, berpangkat dan kaya, jangan kita sangka Allah S.W.T menyayangi kita lihatlah apa yang terjadi kepada Firaun, Raja Namrud dan Qarun seperti yang diceritakan di dalam Al-Quran. Jika kita mahu berfikir, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran Kita, Mengapa orang kafir kaya, Orang yang berbuat maksiat hidup senang dan mewah?. Ini adalah kerana anugerah, nikmat dan pemberian yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada mereka bukanlah yang kurniaan yang diredhaiNya. Anugerah tersebut merupakan satu tujuan untuk menghancurkan mereka. Untuk apa kita dihidupkan dimukabumi ini tanpa keredhaanNya?


Walaubagaimana pun harus diingat ada orang kaya beribadat masuk masjid dengan kereta mewah, orang naik pangkat, atau orang-orang kita mengatakan istidraj. Jangan!!! ingatlah bahawa orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Janganlah kita menjadi manusia yang membuang segala hal-hal keduniaan seperti kekayaan, pangkat dan kuasa, Cuma kita harus mensedarkan diri kita, jika hendak selamat hidup kita mesti ada pegangan, bukannya kekayaaan yang kita cari dan juga bukan miskin yang kita cari.


Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, nescaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.


Wallahu'alam.